Pada 08 Jun 2017, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama kakitangan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah serta keluarga bertempat di Rumah Melaka Bukit Katil, Melaka. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka serta keluarga. Aturcara majlis dimulakan dengan sesi bergambar kenang-kenangan serta sumbangan hamper kepada kakitangan dan acara berbuka puasa. Majlis selesai lebih kurang jam 8.00 malam.
""